About

MARA, sebuah badan autonomi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang bertanggungjawab membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar bagi mencapai matlamat melahirkan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB). Justeru, MARA mengambil inisiatif bagi meningkatkan hubungan dua hala bersama stakeholders melalui pewujudan eWartaMARA.

eWartaMARA diilhamkan bagi menyebar luas maklumat aktiviti berkaitan MARA kepada masyarakat. Ia merangkumi aktiviti pendidikan, keusahawanan, kemasyarakatan dan lain-lain. eWartaMARA merupakan wadah perkongsian bagi Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Pusat Pentadbiran MARA dan individu terutama pelajar tajaan MARA dari dalam negara mahupun luar negara untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan. eWartaMARA juga bertujuan untuk memberi dimensi baru dalam sistem penyampaian agar lebih berkesan secara holistik yang mampu menjadi medan interaksi yang aktif. Melalui eWartaMARA pengunjung web boleh berkongsi idea dan pandangan, serta memberikan komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan organisasi MARA.

Advertisements