MARA LINER PERKENAL SISTEM TAMBANG TANPA TUNAI BAS HENTI-HENTI DI LUAR BANDAR

Oleh : Azimah Nasruddin

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar merasmikan penyerahan Bas MARA Liner

BATU PAHAT, 25 Feb. – YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Program Gerak Usahawan Belia Dan Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Negeri Johor di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading, Parit Raja berkata, MARA Liner telah memperkenalkan sistem tambang tanpa tunai bas henti-henti luar bandar seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.

Menurut Mahdzir lagi, sistem itu akan mula dilaksana secara berperingkat mulai bulan depan membabitkan 79 laluan bas henti-henti MARA Liner di seluruh negara. Beliau juga turut merasmikan gimik pelancaran Sistem Tambang Tanpa Tunai MARA Liner sempena program tersebut.

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar meninjau keadaan keselesaan Bas MARA Liner

Sistem Cash Less  MARA Liner ini dapat menambah baik dan memudahkan para pengguna dan penumpang bas henti-henti membuat pembayaran tanpa tunai yang lebih efektif dan juga mengikut arus peredaran masa.

Sistem ini secara langsung menyokong saranan kerajaan dalam menggalakkan amalan e-cash di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambah Mahdzir, sistem bayaran tanpa tunai bas henti-henti MARA Liner adalah hasil kolaborasi diantara Professional Science Technologies Sdn Bhd, Coherent Plus dan Visa/MasterCard/Debit. Sistem itu akan memudahkan pengguna bas henti-henti MARA Liner membeli tiket perjalanan tanpa menggunakan wang tunai dan menggunakan kad visa, master, debit, Touch n Go dan e-Wallet.

“Bagaimanapun bagi mengelakkan kesukaran kepada pengguna yang belum menggunakan sistem tanpa tunai, pembelian tiket secara tunai masih boleh dibuat. Sistem e-Wallet yang dibekalkan ini mempunyai ciri-ciri moden di mana QR code akan digunakan untuk membuat bayaran melalui imbasan kod QR.”

Pengguna juga jelas Mahdzir, boleh menambah nilai melalui aplikasi mudah alih MARA Liner. Pengenalan sistem bayaran tanpa tunai itu telah dilaksana secara percubaan selama sebulan di beberapa laluan bas di Kuala Nerang, Alor Setar dan Melaka.

Penggunaan sistem itu menurut Mahdzir, akan meningkatkan kutipan tiket dan mengelakkan ketirisan. Sejumlah 125 buah bas henti-henti MARA Liner akan dipasang peranti bagi menyokong penggunaan sistem bayaran tambang tanpa tunai itu.

Pada majlis sama, Mahdzir menyerahkan geran Kemudahan Program Pensijilan dan Pendigitalan serta Skim Pembiayaan Perniagaan MARA bernilai lebih RM384 ribu kepada 8 usahawan MARA.

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar turut menyampaikan Bantuan Cermin Mata daripada YPM kepada adik Muhammad Hiriz Rezza Bin Zulfadzli

Turut disampaikan, Surat Tawaran Penyewaan Premis Perniagaan MARA kepada 2 orang bakal penyewa. Manakala 70 pelajar dari keluarga B40 menerima sumbangan Bantuan Cermin Mata, Alat Peranti PDPR dan Bantuan Persekolahan Pelajar sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).  

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan Sijil Pengiktirafan Solidworks Professional In Mechanical Desing Cswp kepada TS. Dr Norsyarizan Bin Shahri

Program yang berlangsung ini mengetengahkan kombinasi aktiviti keusahawanan dan pendidikan termasuk pameran produk usahawan, seminar keusahawanan, promosi kemasukan ke IPMA dan kaunter informasi kemudahan yang disediakan oleh MARA.

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar melawat salah satu Booth usahawan MARA

Mahdzir berkata penganjurannya diharap memberi manfaat kepada penduduk tempatan terutama golongan belia untuk menyambung pelajaran atau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

-Tamat-

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.