Penghargaan kepada German-Malaysian Institute (GMI) untuk Kajian Kes oleh Pelajar Tahun Akhir di Industri

Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 – Kolaborasi antara institusi bersama pihak industri telah sekian lama menjadi asas pembelajaran TVET di GMI. 

Baru-baru ini sembilan orang pelajar tahun akhir program Diploma in Industrial Quality Management dan tiga orang Penyelia Projek dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menerima penghargaan daripada ATC Industrial Automation (Asia Pacific) Sdn. Bhd. 

Penghargaan tersebut merupakan maklumbalas industri terhadap kajian kes yang telah dijalankan oleh kumpulan tersebut dalam usaha membantu meningkatkan kualiti proses serta tahap kecekapan di kilang tersebut.  Pelajar-pelajar tersebut telah menjalankan latihan industri mereka selama empat (4) bulan di kilang yang terletak di Puchong.

Menurut Pengurus Besar ATC Industrial Automation (Asia Pacific) Sdn. Bhd., Kenny Koh, pengurusan kilang amat berpuas hati dengan dapatan kajian tersebut.  Kumpulan ini telah menunjukkan kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan kritis lantas menghasilkan saranan bagi kajian kes mereka. 

Kenny Toh menyatakan lagi, “dapatan kajian tersebut yang menjurus kepada peningkatan produktiviti dilihat mampu mengurangkan nisbah penghasilan produk yang tidak menepati spesifikasi pengeluaran syarikat untuk memenuhi kehendak pengguna.

Lima projek hasil kolaborasi industri ini adalah di bawah seliaan Encik Muhammad Khairi, projek Reduce Oily Defect Part Problem Using Quality Tools (ISO 9001:2015), penyelia En Saifullizan projek Document Preparation for Surveillance Audit (ISO 14001:2015),  En Umar bagi projek To Improve Chamfer Defect by Using Six Sigma, dan penyelia Puan Farah Nadia untuk projek  Quality Control Using Image Detector at Computer-Integrated.

Sememangnya kolaborasi institusi-industri dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar serta membantu industri meningkatkan pengeluaran dan tahap kecekapan.  Diharapkan lebih banyak industri akan menyokong dan menyertai kerjasama seperti ini di masa akan datang.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.