NAK MULA BISNES, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

agb

MELAKA – “Fasa pertama saya mulakan perniagaan perkhidmatan aircond dan pendawaian elektrik dengan hanya menggunakan kereta, tanpa kedai. Nak mula bisnes, jangan tunggu lama-lama,”Airul Hidayat Che Mat,31 pemilik syarikat Ayat Engineering Enterprise.

Menurut Hidayat, perniagaan yang dijalankan bersama isteri hanya beroperasi di rumah sejak tahun 2015 dengan bermodalkan RM 1000 dan dibantu oleh satu orang pekerja sahaja. Beliau membuat pemasaran sendiri dengan menggunakan media sosial facebook.

Setelah hampir 3 tahun beroperasi dirumah, perniagaanya mula mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Tak sangka juga, strategi menggunakan platform digital menjadi. Oleh itu, saya mula mendapatkan bantuan modal daripada MARA melalui Skim PUTRA yang telah diterima sebanyak RM 10,000.00 serta dapat bantuan sewa kedai di Arked MARA Sungai Udang.

“Alhamdulillah dengan modal yang diterima, perniagaan terus mendapat sambutan ramai. Pendapatan mula berubah daripada RM 5,000 sebulan meningkat kepada RM 15,000 sebulan pada tahun 2019,”jelas Hidayat yang merupakan bekas pelajar GIATMARA Masjid Tanah dan GIATMARA Ledang.

Hidayat terus mengorak langkah dengan membuka cawangan kedua di premis MARA, Pulau Sebang Tampin bagi memenuhi permintaan kawasan sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.

ag1

Tambah Hidayat, pada mulanya syarikat beliau hanya menjalankan perkhidmatan pemasangan aircond dan pedawaian elektrik sahaja. Kini, beliau berjaya membuka kedai alat ganti aircond dan elektrik serta bakal membuka pusat mengajar aircond.

“Saya berharap agar membuka pusat tauliah dan mengajar kursus asas penyaman udara tahap 3 di bangunan sendiri.

“Sudah menjadi impian saya untuk membuka peluang pekerjaan kepada orang lain dan berkongsi ilmu dengan semua orang. Kepada usahawan yang baru berjinak-jinak dengan bisnes, teruskan usaha anda dan kejarlah impian masing-masing, jangan biarkan terkubur begitu sahaja.

“Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu memiliki hati yang kental, mental yang kuat dan sentiasa berfikiran positif. Start small, think big,”tegas Hidayat.

Visi Hidayat agar dapat bergelar kontraktor berjaya dan dapat bergabung dengan anak-anak muda yang mempunyai kesungguhan untuk menjadi usahawan sekaligus membina satu kelompok usahawan bumiputera yang sama-sama dapat melonjakkan ekonomi negara.

FB : https://www.facebook.com/ayatengineeringent

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.