UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) BERMULA 3 DISEMBER 2021

Oleh : Azimah Nasruddin

Pelajar sedang tekun menjawab Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)/ Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan/ Ujian Teknikal Tingkatan Satu dan Empat tahun 2022 telah pun bermula pada 3 Disember 2021. Seramai 74,000 orang calon telah berjaya mendapat panggilan untuk menduduki ujian tersebut.

Kesemua calon yang terlibat akan menduduki ujian di 61 buah pusat-pusat ujian terpilih dan di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seluruh negeri dan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga bulan Januari 2022.

Calon yang hadir UKKM diminta untuk memastikan segala dokumen/ keperluan seperti Kad Pengenalan (MyKad/ MyKid), Surat Panggilan Menduduki UKKM, Borang Deklarasi Kesihatan Covid-19 serta Kalkulator Saintifik (Tingkatan 4) dan set alat tulis (situasi di luar jangka) dibawa semasa hadir menduduki ujian.

Pelajar sedang tekun menjawab Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ibu bapa juga disarankan sentiasa menyemak makluman terkini daripada MARA menerusi media sosial rasmi MARA iaitu Facebook, Instagram, Twitter Majlis Amanah Rakyat atau portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my untuk sebarang perubahan dan juga makluman lanjut. Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui emel pengambilanmrsm@mara.gov.my .

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.