PERKASA USAHAWAN AUTOMOTIF MELALUI PUMP

MELAKA- MARA komited memperkasakan usahawan automotif melalui Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP). Program yang berlangsung di Melaka pada 25 November 2021 telah di hadiri seramai 40 orang usahawan dari Melaka.

“Program PUMP ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan Bumiputera dalam ekosistem industri automotif selain dapat meningkatkan daya saing bengkel automotif usahawan Bumiputera,” kata Pengarah MARA Negeri Melaka, Nurul Azmi Johari.

“Kita mahukan lebih ramai lagi usahawan automotif diwujudkan dan kita percaya melalui program PUMP ini dapat meningkatkan imej premis yang berkonsep dan kebolehpasaran sesebuah bengkel,” tambah Nurul Azmi.

Program PUMP di negeri Melaka ini merupakan program kali ketiga dilaksanakan selepas di zon tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan) dan di zon selatan (Johor).

Maklumat lanjut tentang Program PUMP layari : https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/pembangunan-bisnes/program-khas/pump/

This entry was posted in Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.