Cakna Kewangan Summit 2021: Persidangan Online Tiga Hari Untuk Tingkatkan Tahap Celik Kewangan Pasca Pandemik, Daftar Secara Percuma

·       Pandemik semakin pulih, jom kita pulihkan kewangan kita dengan belajar daripada speaker-speaker hebat tanahair secara percuma

Ketika keadaan pandemik semakin pulih, dengan seluruh negara kini berada di Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara; sudah tiba masanya kita semua bangkit bagi memulihkan tahap ekonomi sendiri, keluarga dan negara.

Disebabkan itulah, Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21) bakal diadakan pada tarikh 22-24 Oktober 2021.

Ianya merupakan salah sebuah persidangan online terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh Be-Hartawan bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), CGS-CIMB Securities, TERAJU dan Luno.

Program ini turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kelantan, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Management & Science University (MSU) turut serta sebagai Rakan Pendidikan.

Acara gilang-gemilang ini akan menampilkan 38 orang speaker hebat tanah air bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia, pasca pandemik ini.

Di antara tokoh-tokoh hebat yang bakal menghiasi CKS21 adalah seperti:

  • Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi UPM & Naib Presiden Malaysian Financial Planning Council (MFPC)
  • Puan Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Group & #1 Islamic Finance Scholar
  • Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd
  • Dr. Hajah Azuraida Shahadan, International Speaker, Motivator & Inspirator
  • Encik Anuar Shuib, Ketua Jabatan Perancangan Kewangan Islam VKA Wealth Planner
  • Encik Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain (Abe Nazz), Pengasas Daimyo Prestige Consultancy & Top 3 Group Agency Manager (GAM) Nationwide
  • Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid, Doktor & Pelabur Hartanah
  • Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah (PPZ-MAIWP)
  • Encik Micheal Teoh Su Lim, CEO Thriving Talents Sdn. Bhd., #1 Most Inspirational Linkedin Icons In Malaysia
  • Encik Radzi Tajuddin, Founder Hi-Home & Hi-Wealth
  • Hajah Rohani, Founder Hijrah Wealth Management
  • Encik Wan Hafizi, Penasihat Syariah & Cryptocurrency Specialist
  • Encik Maher Alias, Pengasas Mahersaham
  • Encik Abdul Halim Khairi Abdul Aziz, Pengasas Aqiqah Center
  • Encik Aiman Salmi, Pengarah & Perunding Cara Tawafuq Consultancy

Berikut merupakan jadual penuh program tiga hari ini:

Hari Pertama

Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri: Ucaptama Cakna Kewangan Summit 2021

Abdul Halim Khairi Abdul Aziz: Perniagaan Sumber Kekayaan

Radzi Tajuddin: Hi-Wealth – Enriching The Life Quality of M40

Ahmad Husni Dato’ Abd Rahman: Mencari Berkat Dengan Zakat

“FORUM Bitcoin – Sempurnakah Sifat Sebagai Pelaburan”

Effendy Zulkifly (Moderator), Dr. Taha Omar, Aaron Tang, Wan Hafizi Wan Halim

Muhammad Aiman Mohamad Salmi: Wakaf – Aset Dunia & Akhirat

Anuar Shuib: Vaksin Harta Pusaka

Hari Kedua

Dr. Muhammad Hanif Yahaya: Covid-19 – Bagaimana Kewangan Saya?

Ruzi Rani Ajith: Opening Remarks

Abdul Hafiz Omar: Peluang Untuk Melabur Shariah Di Dalam & Luar Negara Bersama CGS-CIMB

“FORUM Literasi Kewangan Islam”

Najib Aroff (Moderator), Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Jamaluddin Ismail , Hajah Rohani Shahir   

Ahmad Nizam Samsudin: Berniaga Untung Duit Hilang

Khairul Ikhwan Zulkefly & Mohmad Fadzali Mat Piah: Perancangan Kewangan Persaraan Untuk Usahawan Gig Ekonomi

Mustaffa Mohamed: Urus Atau Lari

Ahmad Nazhrat Mohd Zain: Bina Kekayaan Secara Pasif Dengan Amanah Saham

Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri: Emas – Perhiasan Atau Pelaburan

“FORUM Bulan Menabung SSPN 2021

Ahmad Dasuki Abdul Majid (Moderator), Shamsuddin Abdul Kadir, Dr. Azuraida Shahadan, Eza Ezamie Adom

Hari Ketiga

Eza Ezamie Adom: Platform Kewangan & Pelaburan No1 Malaysia

Ahmad Dasuki Abdul Majid: Rancang Kewangan – Manfaat Masa Depan

“FORUM Smart Labur – Kesalahan Seorang Trader”

Muhammad Hasnan Daud, Aiman Hamdi Mazlan, Mohammad Wisam   

Wan Hafizi Wan Halim: Evolusi Kripto

“FORUM Keys To Financially Thriving During Endemic”

Dr. Muhammad Hanif Yahaya (Moderator), Mathura Kannan, Micheal Teoh Su Lim, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan 

Cik Noorhaliza Abu Bakar: Jejak Fulus

Dr. Muhammad Maherilham Alias: Lubuk Duit Di Bursa Malaysia

Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid: Doctor With The House

Dengan pelbagai topik menarik dan forum yang bakal diadakan sepanjang tiga hari tersebut, kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sertai CKS21 ini.

Semoga ianya dapat mewujudkan komuniti yang mempunyai mindset yang positif, bantu-membantu di antara satu sama lain, dan meningkat tahap celik kewangan secara keseluruhannya.

Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang diadakan bersempena dengan CKS21 ini: termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt bakal dimenangi oleh para peserta yang kreatif dan bertuah.

Bagi menggalakkan lagi ramai orang dapat manfaat, sebuah program referral telah diwujudkan. Wang tunai RM1 menanti setiap seorang peserta yang berjaya diajak untuk turut memeriahkan CKS21 ini.

Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit

Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.

Mengenai Be-Hartawan Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat. Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.