Johor Lantik MARALiner Sebagai PPV Bergerak

Bas ekspress MARA Liner Sdn Bhd telah diubahsuai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Negeri Johor

Johor, 11 Ogos- Kerajaan Negeri Johor menerusi program Prihatin Johor telah melantik MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) sebagai operator bagi melaksanakan Program Pemberian Vaksin Bergerak di beberapa kawasan sekitar negeri Johor.

MLSB yang merupakan subsidiari MARA, bekerjasama dengan kerajaan pusat dan negeri menjayakan Program Vaksinasi Kebangsaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. PPV Bergerak MARALiner ini merangkumi kaunter pendaftaran, konsultasi dan pemerhatian serta kaunter pemberian vaksin.

Program vaksinasi komuniti untuk dos pertama ini akan bermula pada bulan Ogos 2021 dan dijangka berakhir pada September 2021. Antara lokasi pemberian vaksin di bawah Program Prihatin Johor adalah seperti PPR Sri Tulang, Taman Ungku Tun Aminah, Felda Kahang Barat, Kempas dan Pasir Gudang.

KPLB dan MARA komited memastikan komuniti luar bandar mendapat akses kepada vaksin Covid- 19. Pogram sedemikian dan kerjasama agensi kerajaan, Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok sebagaimana yang dirancang.

Untuk sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan temujanji, penduduk kawasan tersebut boleh menghubungi talian 013-5800016 bagi mendapatkan maklumat berkaitan PIC di kawasan masing-masing.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.