
Kuantan, 23 Jun- Mohammad Afeeq Najman Mohammad Nasir, 18, teruja apabila menekan butang youtube m-updates MARA dan salah satu videonya menyiarkan lagu “Menggapai Cita” bagi mempromosi Karnival IPMA 2021 yang diadakan secara maya.
Sejurus mendengar lagu yang berkumandang, membuatkan Afeeq, terus melayari laman web Karnival Institusi Pendidikan MARA (KIPMA).
Menurut Afeeq, lagu yang bertajuk ‘Menggapai Cita’ itu cukup menarik perhatiannya kerana lirik yang dihasilkan bertepatan dengan dirinya yang baharu sahaja memperoleh keputusan SPM 2020.
“Tak sangka korus lagu tersebut kedengaran sedikit rancak dan saya rasa bersemangat untuk terus mengorak langkah menggapai cita.” Secara keseluruhannya lagu ini sangat baik dan bahagian yang paling saya suka adalah korus.”
“Walaupun susunan liriknya simple, namun mudah melekat dalam fikiran. “Selepas mendengarnya sekali, saya sungguh tertarik, kali kedua mendengarnya pula melodi dan lirik mula bermain di bibir. Ini membuatkan saya untuk terus mendengarnya;”, jelas Afeeq.
Pada pandangan saya, cara kreatif yang MARA cuba bawakan ini sangat sesuai di saat kita semua perlu duduk di rumah dan menjalani aktiviti harian. Peluang yang dibuka MARA untuk pelajar lepasan SPM seperti kami, memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat pendidikan dan pinjaman pelajaran hanya dengan melayari Karnival IPMA 2021.
‘’Saya juga berkongsi dengan kawan-kawan yang lain untuk melayari KIPMA maya ini. Apa yang lebih menarik, seseorang akan lebih mengenali diri sendiri dan tahu kecenderungan kerjaya yang sesuai melalui kit E-Potensi. Ianya berbentuk ujian dan penilaian kendiri”.
“hanya dengan menjawab sahaja soalan yang diberi, keputusannya nanti akan memberi gambaran bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai buat kita,”kata Afeeq.
Buat julung kalinya, karnival yang bermula 23 Jun hingga 2 Julai 2021 ini diadakan secara maya selepas mengambil kira faktor penularan COVID-19, sekali gus melihat keperluannya dilaksanakan bagi mempromosikan institusi pendidikan MARA.
Oleh Ziela Amin