MARA Prihatin Ramadan: Program Simfoni Ramadan Peringkat MARA Negeri Johor

Pengarah MARA Negeri Johor, Puan Nor Uyon Mohamed (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar Rumah Kebajikan Ar-Rayyan

Gelang Patah, 4 Mei 2021 – Program Simfoni Ramadan peringkat MARA Negeri Johor telah dilaksanakan pada 29 April lalu di Forest City Golf Hotel bersempena Hari Nuzul Al-Quran. 

Program ini melibatkan jemputan seramai 90 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar dari Rumah Kebajikan  Ar-Rayyan, Tampoi Utama, warga kerja MARA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Negeri Johor.

Program ini juga merupakan hasil kerjasama erat antara Badan Kebajikan Anggota MARA Negeri Johor dan YPM. 

Turut diadakan sesi pembelajaran 21st Century Learning Design kepada para pelajar yang dikendalikan oleh Guru Kemahiran Hidup, MRSM Johor Bahru yang juga penerima Anugerah Microsoft Educator Expert, Cikgu Arif Zakwan  Asha’ari sebagai nilai tambah pengisian program ini. Pendedahan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi minat dan keyakinan pelajar dalam melaksanakan program pembelajaran e-learning yang lebih interaktif.

Pengarah Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar, Md Zan Md Yausuf  juga turut berkongsi kelebihan amalan dan ganjaran di bulan Ramadan dalam sesi Ihya’ Ramadhan program ini.

Dalam program ini juga, turut diadakan penyampaian CSR YPM dan sumbangan  kepada para pelajar yang diharapkan dapat memberi keceriaan sempena Aidilfitri yang akan datang.

Program ini turut dihadiri Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Uyon Shoib,  Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Johor, Zahrail Affenday Mohamed, Pengurus Rumah Kebajikan Ar-Rayyan, Mohd Yusof Ahmad dan Ustaz Halimi Kolan. 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.