GMI Prihatin Ramadan Raikan Asnaf dan B40 | MARA PRIHATIN RAMADAN

Pelajar dan Staf GMI sedang menyiapkan masakan bubur lambuk

Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 – German-Malaysian Institute (GMI) santuni golongan asnaf dan B40 dalam program “GMI Prihatin Ramadan” pada 28 April yang lalu selari dengan kempen MARA Prihatin Ramadan peringkat kebangsaan.

Seramai 60 orang pelajar dan 30 orang kakitangan German-Malaysian Institute (GMI) telah menjayakan program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar GMI.

Menurut Puan Aini Arshad, Pendaftar Unit Pembangunan Pelajar GMI, program ini dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk bersama-sama untuk diagihkan kepada kakitangan dan pelajar GMI.

“Bubur lambuk tersebut telah kita agihkan kepada beberapa buah rumah anak yatim di sekitar Bandar Baru Bangi dimana ia adalah daripada sumbangan GMI.”

“ Penerima-penerima sumbangan bubur lambuk adalah Rumah Bakti Nur Ain, Rumah Bakti Al Kausar, Madrasah Al-Musthafawiyah dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah.”

“Selain itu, agihan pek makanan untuk berbuka puasa adalah kolaborasi bersama Yayasan Maghfirah dan kupon makanan pula diberikan kepada pelajar dari golongan asnaf dan B40 dengan kolaborasi bersama Surau An-Najah GMI,” katanya lagi.

Program ini telah diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan di samping mengeratkan ukhuwah di kalangan pelajar. Diharapkan program ini dapat menggalakkan semua yang terlibat untuk menghayati keberkatan bulan Ramadan dan meningkatkan ibadah serta menjadi pemangkin kepada pembinaan sahsiah.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.