MARA Prihatin Ramadan: Pelajar disantuni menerusi program Kasih Ramadan KKTM Kemaman

Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar KKTM Kemaman, Dr. Mahadir Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Nur Hidayah

Terengganu, 25 April 2021 – Susulan MARA Prihatin Ramadan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman telah menyantuni keluarga pelajar jurusan Instrumentasi & Kawalan (DLI), Nur Hidayah menerusi program Kasih Ramadan KKTM Kemaman.

Program yang turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Kebajikan serta Geng Amal Riders KKTM Kemaman itu menyantuni keluarga Nur Hidayah bagi menyampaikan sumbangan khas sempena Ramadan iaitu duit dan barangan keperluan harian.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar KKTM Kemaman, Dr. Mahadir Ibrahim.

Semoga Nur Hidayah terus bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan dipermudahkan oleh Allah urusan keluarganya.

Sumber : https://www.facebook.com/kktmkemaman/posts/3873142752767527

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.