Skim Dana Ehsan Pendidikan YPM bantu pelajar PPR Laksamana

Kuala Lumpur, 21 April 2021- Serahan bantuan di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan YPM telah diadakan di Pejabat Persatuan Penduduk PPR Laksamana pada 17 April yang lalu.

Seramai 3 orang pelajar di peringkat pengajian tinggi telah diluluskan untuk menerima manfaat ini iaitu bantuan berupa wang tunai RM1000 kepada 2 org pelajar pengajian tinggi di peringkat Sarjana Muda dan RM700 kepada pelajar di peringkat Diploma.

Bantuan telah dibuat oleh 3PN Wilayah kepada pelajar peringkat Sarjana Muda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Encik Mohd Amran Mohd Ariffin dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Laksamana,Tuan Haji Muslim Ismail. Sementara seorang pelajar peringkat Diploma akan diserahkan oleh 3PN Selangor pada tarikh yang akan ditetapkan.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima. Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka dan semoga beroleh kejayaan.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.