
Melaka, 21 April 2021 – Melalui status facebook Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, program CSR Kesatria yang telah adakan pada 17 April lalu bersama pelajar-pelajar sempena MARA prihatin Ramadan adalah bertujuan mendidik mereka erti kemanusian termasuklah kasih sayang, bersimpati dengan insan lain serta rasa berterima kasih kepada mereka yang telah berjasa membantu segala urusan mereka.
Dalam program tersebut, pelajar-pelajar bersama-sama memasak sendiri bubur lambuk dan diedarkan kepada barisan hadapan yang bertugas di kolej.
Usaha ini bukan sahaja semata-mata untuk amalan di bulan Ramadan tetapi ia diharapkan menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar IPMA dalam menghargai nilai kemanusiaan.
Sumber
https://www.facebook.com/kktmmasjidtanah/posts/3973914499341063