MARA DIIKTIRAF AGENSI PEMBANGUNAN PKS TERBAIK

Ketua Pengarah MARA (dua dari kanan) ketika menerima Anugerah Agensi Pembangunan PKS terbaik pada Majlis Lang International Corporate Titan Award (LICTA) 2020

Oleh : Haryati Husin
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 16 April – Pencapaian membanggakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membangunkan Perusahaan Kecil dan Sedehana (PKS) diiktiraf apabila menerima Anugerah Agensi Pembangunan PKS Terbaik pada Majlis Lang International Corporate Titan Award (LICTA) 2020 yang berlangsung di Wyndham Acmar Hotel, Klang, Selangor.

Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar bin Abdul Manaf berkata, “saya bagi pihak MARA amat berterima kasih dengan pengiktirafan ini kerana ia membuktikan MARA telah berjaya membawa PKS Bumiputera ke satu aras yang lebih baik.

Pengiktirafan ini juga menunjukkan usaha MARA dalam membangunkan usahawan Bumiputera telah memberi impak dan kesan positif dalam industri,” tambahnya lagi

MARA menawarkan ekosistem keusahawanan yang lengkap dalam membangunkan usahawan merangkumi 3 elemen penting iaitu pembangunan usahawan, pembangunan industri perniagaan serta fasiliti sokongan yang meliputi pembiayaan, penyewaan premis serta khidmat nasihat perniagaan.

Dalam majlis yang sama, sebanyak 15 PKS yang dibangunkan MARA turut berjaya mendapat pengiktirafan dalam kategori merangkumi 1 Marquis Enterprise, 11 Earl Enterprise dan 3 Lion Cub. Usahawan-usahawan ini terdiri daripada kluster makanan dan minuman, automotif, kesihatan dan kesejahteran, gaya hidup dan pembinaan.

Sebahagian Ahli Pengurusan MARA yang turut hadir ke Majlis Lang International Corporate Titan Award (LICTA) 2020

Azhar berkata, “Saya juga berbangga apabila 15 PKS di bawah MARA turut sama naik ke pentas bagi menerima anugerah dalam pelbagai kategori. Ini membuktikan keberkesanan program-program keusahawanan yang dilaksanakan MARA dalam usaha meningkatkan prestasi perniagaan mereka.”

Antara anak syarikat MARA yang turut menerima anugerah di bawah kategori Marquis Enterprise ialah Asia AeroTechnic Sdn Bhd, PMB Investment Berhad dan MARA Liner Sdn Bhd.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.