PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI (TESP 2021)

MARA Menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.

MAKLUMAT PERMOHONAN
• Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: http://www.mara.gov.my bermula 01 Mac 2021 (Isnin) hingga 19 Mac 2021 (Jumaat).
• Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
• Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

SYARAT UMUM
• Warganegara Malaysia.
• Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
• Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
• Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
• Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
• Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Soalan Lazim TEST 2021

1. Apakah itu Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021)?

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan Mac 2021. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

2. Apakah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MARA?

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA.

3. Dimanakah saya boleh menyemak senarai bidang dan Intitusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA?

Senarai tersebut boleh dirujuk di dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA.

4. Saya sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon?

Tidak boleh. Program ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.

5. Saya berada di tahun kedua dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?

Anda layak memohon Program TESP ini sekiranya Institusi Pengajian Tinggi anda berada di dalam senarai IPT yang dipilih oleh MARA.

6. Adakah Program TESP 2021 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?

Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar perlu membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

7. Bagaimanakah cara untuk memohon Program TESP 2021?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

8. Bilakah permohonan TESP 2021 akan dibuka?

Permohonan dibuka selama 19 hari bermula 01 Mac 2021 (Isnin) sehingga 19 Mac 2021 (Jumaat).

9. Bolehkah saya memohon Program TESP 2021 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenaraihitam MARA?

Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2021.

10. Saya mendapat PNGK 3.0 di peringkat asasi. Bolehkah saya memohon?

Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2020 sahaja.

11. Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan secara atas talian?

Pemohon terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian (online). Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak kami meminta pemohon berbuat demikian.

12. Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

13. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian dan emele seperti berikut:-Telefon : 03-2613 2034 / 2070 / 2582 / 2058 / 087 / 2024, Emel : tesp@mara.gov.my

Panduan Permohonan <klik disini>

Permohonan secara online <klik disini

Permohonan secara atas talian bermula 01 Mac 2021 sehingga 19 Mac 2021

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.