PROGRAM GRADUAN CEMERLANG (GrEP) 2021

MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat pasca siswazah di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka di dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insal keperluan negara.

Permohonan secara atas talian dibuka pada 01 Mac 2021 sehingga 19 Mac 2021.

Panduan Permohonan <klik disini>

Panduan Permohonan versi pdf <klik disini>

Permohonan <klik disini>

Soalan Lazim GrEP 2021

Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?

  • Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program GrEP?

  • Kursus dan syarat kelayakan Program GrEP boleh dirujuk di dalam garis panduan permohonan semasa permohonan dibuka.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program GrEP?

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Bilakah permohonan akan dibuka?

  • Permohonan akan dibuka bermula 01 Mac 2021 (Isnin) sehingga 19 Mac 2021 (Jumaat).

Bolehkah saya memohon Program GrEP sekiranya Ibu saya telah disenaraihitam MARA?

  • Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program GrEP.

Sekiranya permohonan telah ditutup, adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?

  • Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

  • Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program GrEP.

Adakah saya perlu menduduki ujian psikometrik atau proses temuduga selepas memohon?

  • Sebarang maklumat berkaitan ujian psikometrik atau proses temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui emel.

Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program GrEP?

  • Tajaan pinjaman pelajaran dalam negara merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
  • Bagi pengajian luar negara, tajaan pinjaman pelajaran merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Penempatan, Elaun Pengangkutan (pergi & balik), Visa dan Insurans.

Adakah permohonan pengajian ini terbuka secara separuh masa?

  • Tidak. Permohonan pengajian ini terbuka secara sepenuh masa sahaja.

Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat permohonan?

  • Pemohon terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian (online). Pemohon disarankan mencetak slip pengesahan permohonan untuk tujuan rujukan. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.

Jika saya telah ada kelayakan peringkat Profesional (ACCA), bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana?

  • Pemohon yang telah memiliki kelayakan Profesional seperti ACCA, CIMA, ICAEW dan sebagainya adalah tidak layak untuk memohon pinjaman MARA peringkat Ijazah Sarjana kerana kelayakan tersebut adalah setara dengan kelayakan peringkat Ijazah Sarjana.

Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

  • Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di Portal MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian dan emel seperti berikut:-

Telefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)

03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)

Emel : grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara)

grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara)

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.