Laluan Kerjaya Bersama MARA

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovatif, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia seperti di bawah ini :

  1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E41), Gaji RM 2,083.00 – RM 9,549.00
  2. ARKITEK (J41), Gaji RM 2,529.00 – RM 9,643.00
  3. JURUTERA (J41), Gaji RM 2,529.00 – RM 9,643.00
  4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41), Gaji RM2,418.00 – RM 9,607.00
  5. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E29), Gaji RM1,493.00 – RM 5,672.00
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29), Gaji RM 1,493.00 – RM 5,672.00
  7. PENOLONG PUSTAKAWAN (S29), Gaji RM 1,493.00 – RM 5,672.00
  8. JURUFOTOGRAFI (B19), Gaji RM1,360.00 – RM 4,032.00
  9. PEMBANTU MAKMAL (C19), Gaji RM1,357.00 – RM 4,008.00
  10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (N19), Gaji RM 1,352.00 – RM4,003.00
  11. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (DV19), Gaji RM1,337.00 – RM4,052.00
  12. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (J19), Gaji RM 1,377.00 – RM 4,052.00
  13. PEMBANTU OPERASI (N11), Gaji RM 1,216.00 – RM 2,983.00

SYARAT UTAMA LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 12 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon bagi lantikan jawatan 13 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

SYARAT LANTIKAN BAGI SETIAP JAWATAN

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah  pada Gred E41 : RM3,002.03)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1.1; dan

Had Umur Pelantikan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

2. ARKITEK GRED J41

  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,736.28).
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Seni Bina adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 2.1; atau
  • Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia / Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Had umur pelantikan :

    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

3. JURUTERA GRED J41

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00).
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, AB36, AB38 dan AB40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 3.1; atau
  • Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia / Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00); atau
  • Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination). Gaji permulaan ialah pada Gred L41 : RM2,418.00).
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-Undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32, LA38, LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 4.1; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

5. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,770.95).

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 5.1; atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95).

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 6.1; atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

7. PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,770.95).

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pustakawan dan Pembantu Pemuliharaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pustakawan Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 7.1; atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

8. JURUFOTOGRAFI GRED B19

  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan / atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,418.12).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,476.24).

9. PEMBANTU MAKMAL GRED C19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 : RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 : RM1,413.40).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 : RM1,469.80).

10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80).

11. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19 : RM1,435.12).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. R(Gaji permulaan ialah pada Gred DV19 : RM1,493.24).

12. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan : A0/A1 = RM 1,435.12,  A4-2 /A4-1 /A4 = RM 1,493.24, B0-2 / B0-1 / B0 / B1 / B4  = RM 1,551.36
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pambantu Awam atau Pemandu / Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 12.1; dan

Had umur pelantikan :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

13. PEMBANTU OPERASI GRED N11

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00); atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15).

TARAF JAWATAN = KONTRAK

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

Permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian melalui link yang sah sahaja seperti berikut :

Hanya permohonan yang dibuat secara online / atas talian dan link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 31 Januari 2021.

<KLIK UNTUK MEMOHON>

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.