Majlis Pelancaran Program Back to School 2021@KPLB

ADUN Endau, YB Hajjah Alwiyah Talib (tiga dari kiri) mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan sumbangan YPM kepada salah seorang pelajar pada program CSR YPM di MRSM Mersing, Johor.

Majlis Pelancaran Program Back to School 2021@KPLB Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YB Hajjah Alwiyah Binti Talib, ADUN Endau bertempat di MRSM Mersing.

Yang turut hadir adalah Tn. Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Mohd Amin, Pegawai Daerah Mersing, Puan Nor Uyon Binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor dan En. Amran Bin Mohd Ariffin, menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif YPM.

Anatara pengisian program ini adalah:-

Penyampaian Bantuan Persekolahan Back to School@KPLB

Penyampaian Bantuan Persekolahan YPM

Penyampaian Surat Tawaran & Bantuan Skim Anak Angkat YPM

Penyampaian Bantuan Program Celik Al-Quran YPM

Diharap program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar B40 dan meringankan beban ibu bapa dalam penyediaan awal persekolahan anak-anak mereka.

Sumber Berita: Pejabat MARA Negeri Johor

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.