Skim Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA yang perlu anda tahu

Kuala Lumpur, 9 Disember 2020 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Setakat ini, MARA telah memberikan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada hampir 17 ribu usahawan dengan melibatkan saluran pembiayaan berjumlah lebih daripada RM288 juta bagi tahun 2020 melalui 13 jenis skim pembiayaan.

Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.

Sebagai tanda prihatin, inisiatif “MARA Prihatin” juga diperkenalkan di bawah sektor keusahawanan yang memberi tawaran moratorium 6 bulan pengecualian pembayaran semula pembiayaan (April-September), 2 bulan percuma sewaan premis (April-Mei) dan tambahan penawaran khas 30% diskaun bayaran sewaan bagi tempoh 4 bulan (Jun-Oktober) kepada penyewa premis MARA.

Bagi meningkatkan lagi usaha membantu golongan usahawan yang terjejas untuk mendapatkan modal pusingan atau modal kerja perniagaan, MARA memperkenalkan tawaran Skim Pembiayaan Am Khas (SPAK) dengan maksima RM10 ribu bagi menyokong mereka meneruskan aktiviti perniagaan. Inisiatif ini memberi manfaat kepada 1,339 usahawan Bumiputera dengan jumlah pembiayaan Rm10.8 juta yang sedikit sebanyak memberi kelegaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka.

Sumbangan dan hasil keprihatinan di bawah “MARA Prihatin” memberi manfaat secara keseluruhan kepada lebih 13 ribu orang usahawan yang layak dengan implikasi kewangan berjumlah hampir RM38 juta. Usaha ini dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan dalam menjana pendapatan kelangsungan hidup.

Kini, MARA sentiasa memperkasa dan memperbaharui Skim pembiayaan perniagaan untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

Usahawan Bumiputera perlu ambil tahu laluan dan mengambil peluang ini bersama MARA bagi menyemarakkan lagi sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.

Justeru itu, sokongan kemudahan pembiayaan perniagaan ini diklasifikasikan kepada beberapa jenis yang menawarkan pembiayaan RM500 ribu ke bawah dan RM500,001 sehingga RM1 juta tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan. Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.

Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  2. Skm Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  5. Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  6. Program Mobilepreneur Food Truck
  7. Program Rantaian Industri (PRiN)
  8. MARA Intergrated Smart Auto (MiSA) di bawah SPim Tekno
  9. Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  10.  SPiM Tekno
  11. Program Galakan Eksport (GEB)
  12.  Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Selain itu, usahawan yang menceburi bidang kontraktor khususnya perlu memanfaatkan peluang mendapatkan kemudahan pembiayaan perniagaan di bawah program SPiKE yang menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta. Seramai 1,565 usahawan Bumiputera dengan peruntukan RM207 juta telah menerima pembiayaan ini bagi menyokong modal kerja mereka.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Info lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang:

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.