Respon Positif Bicara Santai: Bijak Urus Kredit Anda

Pengarah Bahagian Kawalan Kredit MARA, Rizal Effendi Razali (tengah) sebagai moderator Bicara Santai: Bijak Urus Kredit Anda

Kuala Lumpur, 9 Disember 2020- Bicara santai : Bijak Urus Kredit Anda yang diadakan secara langsung semalam di platform facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Youtube MARATV dilihat berjaya mendapat respon positif dalam kalangan pengguna media sosial.

Antara objektif utama program ini adalah memastikan setiap stakeholders MARA yang terdiri daripada lepasan graduan, usahawan, warga kerja MARA khususnya dan masyarakat daripada pelbagai lapisan dapat memahami konteks serta pengurusan kewangan dalam tempoh kesukaran dan krisis pandemik dengan mudah serta tepat.

Program yang mendapat kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) ini juga mengupas tentang status, kredit dan gelagat peminjam, seterusnya memudahkan peminjam untuk mengurus kewangan harian termasuk kredit dengan baik, di samping membentuk peminjam untuk sentiasa peka dalam membayar setiap pinjaman dengan berkesan.

Selain itu, peminjam didedahkan dengan pelbagai tips serta teknik pembayaran hutang dan kawalan kredit peribadi yang paling efektif bagi memberi peluang kepada peminjam untuk merasai keseronokan dan ketenangan dalam membayar balik pinjaman.

Melalui program ini juga ia dapat memperbaharui serta meningkatkan kesedaran para pelanggan MARA tentang tanggungjawab membayar balik pembiayaan MARA sekaligus akan meningkatkan jumlah kutipan dan mengurangkan tunggakan MARA.

Respon positif daripada pengguna media sosial

Sesi pertama program ini dimulakan dengan forum bersama Ketua Jabatan Kewangan (AKPK), Nor Akmar Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Pengarah Bahagian Kawalan Kredit MARA, Rizal Effendi Razali sebagai moderator manakala sesi kedua, sembang santai bersama dengan Imam Muda Astraf.

Hadir sama ke program anjuran Bahagian Kawalan Kredit MARA dan MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd. (MEX), Pengarah Kanan (Pelaburan), Mohd Diah Abas.

This entry was posted in Korporat and tagged , , . Bookmark the permalink.