Subjek Universiti Kuala Lumpur (UniKL) disenarai terbaik peringkat dunia

Oleh: Akmal Azlan

akmal.azlan@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 2 Disember 2020 – Universiti Kuala Lumpur meraih Kedudukan Subjek Dunia terbaik dalam Times Higher Education (THE) baru-baru ini.

Bidang-bidang di UniKL seperti Perniagaan dan Ekonomi, Sains Komputer, dan Kejuruteraan turut berada di kedudukan 501 hingga 1,000.

Bidang Perniagaan dan Ekonomi mencatat kedudukan 501-600, bidang Sains Komputer berjaya menduduki tangga 801+ dan bidang kejuruteraan pula berada pada kedudukan 800 sehingga 1,000.

Selain itu, UniKL turut mencapai kejayaan sebagai antara 10 universiti terbaik di Malaysia yang mencatatkan pada kedudukan no.6 terbaik universiti dalam bidang Perniagaan dan Ekonomi manakala no.10 terbaik bagi bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan.

UniKL telah disenaraikan pada tahun 2021 oleh Times Higher Education dengan kedudukan 1000+ menjadikan universiti itu terus melonjak menjadi 10 universiti terbaik di Malaysia.

Pemangku Presiden UniKL, Ketua Eksekutif, Prof. Dr. Sharulniza Musa turut merasa bangga dan gembira apabila UniKL berjaya disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World Rankings dan juga Times Higher Education World Subject Rankings.

Beliau turut menyatakan bahawa sebagai sebuah universiti yang menyediakan sistem pendidikan tinggi TVET telah melayakkan untuk menerima pengiktirafan Universiti Terbaik Dunia 2021 oleh THE.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.