MARA Negeri Sembilan Bersama MyMesra Di Bawah Program Pembangunan Peruncitan

KUALA LUMPUR : Kunjungan MARA Negeri Sembilan bersama lima usahawan Food & Beverages ke Menara Petronas, Kuala Lumpur adalah untuk merealisasikan program Pembangunan Peruncitan bersama Petronas.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwakili oleh Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan, Puan Roziah binti Osman, Timbalan Pengarah, Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) dan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang berpotensi untuk berada di Kedai Mesra.Program ini dibangunkan oleh Bahagian Industri Komersil (BIK) MARA. Program Pembangunan Usahawan Peruncitan – MYMESRA adalah hasil MOU MARA dan PETRONAS DAGANG BERHAD untuk tempoh tiga tahun.

Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan meluaskan segmen pasaran produk, melebarkan jaringan perniagaan, melonjakkan kapasiti dan kapabiliti serta memperkenalkan jenama produk ke pasaran tempatan.

Hasil outcome program, agar usahawan mampu meningkatkan jualan sebanyak 10% hingga 15% disamping dapat memperluaskan kawasan pasaran produk.

Sumber : Buletin Keusahawanan MARA
Diedit oleh : BITK

This entry was posted in Lain-Lain, Usahawan. Bookmark the permalink.