Pembiayaan Mudah Bumiputera MARA Tidak Mengenakan Syarat Yang Ketat

SHAH ALAM: MARA tidak mengenakan syarat ketat atau dokumentasi sukar kepada pemohon dana Pembiayaan Mudah Bumiputera, malah memudahkannya dengan membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian.

Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan), Dato’ Zulfikri Osman, berkata pelbagai jenis pinjaman ditawarkan agensi kerajaan dan institusi kewangan mungkin menjadi faktor tidak ramai usahawan memohon dengan MARA. Zulfikri berkata, pelbagai tawaran pinjaman diberikan kepada usahawan pada masa kini membolehkan golongan itu membuat pilihan mengenai pinjaman yang dirasakan bersesuaian.Beliau berkata, sudah ada usahawan memohon dan menerima manfaat daripada dana disediakan kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu.

“Dana berjumlah RM300 juta itu diberikan untuk tempoh dua tahun yang nilai peruntukan dana untuk setahun ialah RM150 juta.

Sudah ada usahawan memohon dan menerima manfaat daripada dana berkenaan tetapi saya tidak mempunyai jumlah sebenar jumlah usahawan terbabit.

“Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai bantuan berkenaan atau isu berkaitan, mereka boleh mengunjungi pejabat MARA berdekatan di setiap daerah seluruh negara,” katanya ketika ditemui pada Program Sesi Libat Urus Bersama Usahawan MARA-AEON di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Laporan LAKSANA Ke-23 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PENJANA Pembiayaan Mudah Bumiputera MARA Tidak Mengenakan Syarat Yang Ketat 15 memaklumkan, dana pembiayaan usahawan Bumiputera disalurkan kerajaan menerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan MARA sebanyak RM500 juta masih banyak berbaki dan belum dimohon.

Dana berkenaan diumumkan kerajaan menerusi PENJANA, Jun lalu disalurkan kepada PUNB, iaitu sebanyak RM200 juta manakala RM300 juta diberikan menerusi MARA.

Mengenai program itu, Zulfikri memaklumkan nilai jualan yang berjaya dicatat usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebanyak RM2 juta.

AEON Malaysia memberikan laluan kepada 29 usahawan PKS mempromosikan produk di lima cawangan pusat beli-belah berkenaan bermula Jun lalu.

Sumber : e-Buletin Keusahawanan MARA 
Edisi Julai – September 2020

 

This entry was posted in Lain-Lain, Usahawan. Bookmark the permalink.