Majlis Ramah Mesra Pengerusi MARA Bersama Pelajar Program World Top University 2020

Kuala Lumpur, 26 September – Seramai 45 orang pelajar MARA yang akan berangkat ke luar negara dan mengikuti pengajian di World Top University 2020 (WTU) telah diraikan di satu majlis minum petang yang sederhana tetapi meriah yang bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat yang menyerikan majlis ini adalah YB Dato’ Hajah Azizah Binti Datuk Panglima Haji Mohd Dun, selaku Pengerusi MARA. Beliau disertai oleh YBhg. Prof Dato’ IR. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha selaku Ahli Majlis MARA, YBhg. Dato’ Mohamed Roseli Bin Dol – Timbalan Ketua Pengarah ( Pendidikan ), Puan Rohayah binti. Mohd Zain – Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Puan Siti Aminah binti. Abdul Kadir – Pengarah Penganjuran MARA, serta para pengarah dari bahagian-bahagian berikut; BPM, BPT, BTM, BITK, BKOM, Timbalan Pengarah BKT dan Ketua Unit Setiausaha Majlis.

Selain daripada meraikan para pelajar ini, majlis ini juga dijadikan platform untuk pihak Pengurusan Tertinggi MARA menyampaikan mandat dan motivasi kepada pelajar – pelajar berkenaan visi dan misi MARA.

Majlis yang bermula pada jam 4 petang itu dimulai dengan tayangan montaj diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi MARA. Antara intipati ucapan beliau adalah agar para pelajar dapat membawa nama negara dengan penuh bangga dan hormat, dan semoga mereka dapat fokus kepada pelajaran seterusnya pulang untuk berkhidmat di tanah air. Seterusnya diadakan upacara penyerahan Sijil Tahniah dan Surat Tawaran WTU 2020 kepada para pelajar.

Semoga pesanan dan harapan yang dititipkan oleh Dato’ Pengerusi sentiasa menjadi ingatan dan panduan pelajar-pelajar ini, Selamat Maju Jaya!

Sumber Berita : BPP
Diedit oleh : BITK

This entry was posted in Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.