Anugerah Perdana Belia Negara 2020 (Sarawak) Milik Mohd Shahrul

Kuching, 29 Ogos 2020 – Saudara Mohd Shahrul bin Kamaruddin telah memenangi Johan Kategori Individu Lelaki, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2020 bertempat di Hotel Pullman Kuching.

Beliau merupakan seorang kaunselor di Institut Kemahiran MARA (IKM), Kuching. Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Kesenian & Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak.

Keterbezaan penglibatan dan sumbangan terhadap masyarakat selama lima (5) tahun ini meletakkan beliau sebagai juara dan sekali gus mengalahkan peserta lain di negeri Sarawak. Selain aktif dengan aktiviti kaunseling peringkat negeri Sarawak, beliau juga aktif di peringkat antarabangsa. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000.00, trofi dan sijil.

Sumber Berita : BKT
Diedit oleh : BITK

This entry was posted in Lain-Lain, Pendidikan. Bookmark the permalink.