Utamakan Keselesaan Pelajar – MRSM Langkawi

Oleh: Syamimi Kamarul Zaman
media@mara.gov.my

Langkawi, 10 November 2020 – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi yang terletak di Jalan Ayer Hangat dan hanya mengambil masa 13 minit perjalanan dari Pekan Kuah merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Selain dari lokasinya yang strategik, MRSM ini juga turut sinonim dengan ikon selebriti ‘Neelofa’ dimana beliau merupakan salah seorang ikon yang merupakan bekas penuntut di sini dan kini beliau telah berjaya hasil sistem pendidikan dari MRSM Langkawi. Dalam pada itu, beliau bukan sahaja cantik dari segi paras rupa malah merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik dan hari ini beliau telah berjaya mengorak langkah menjadi ikon usahawan/selebriti yang sedang ‘trending’ dan menjadi inspirasi bagi wanita-wanita diluar sana. MRSM Langkawi menawarkan Program Dwisijil iaitu gabungan kurikulum kebangsaan serta Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelajar MRSM Langkawi akan menduduki dua jenis peperiksaan iaitu peperiksaan IGCSE semasa berada di Tingkatan 4 dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa berada di Tingkatan 5. Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan tempoh pengajian selama 5 tahun melibatkan pertembungan masa peperiksaan bagi kedua-dua peperiksaan ini.

Keselesaan pelajar adalah menjadi keutamaan! Bersesuaian dengan tagline tersebut pihak pengurusan MRSM Langkawi dan MUAFAKAT Cawangan MRSM Langkawi telah mengambil langkah proaktif dengan membina sebuah lagi dewan peperiksaan dengan kapasiti 150 orang dan memasang 9 unit penghawa dingin dengan kuasa 3HP. Ini mampu memaksimakan jumlah pelajar demi keselesaan dengan mengikuti norma-norma baharu yang telah ditetapkan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang DiPertua MUAFAKAT Cawangan MRSM Langkawi selaku Presiden MUAFAKAT Kebangsaan, Yang Berbahagia Dato’ Sayed Alfeizal bin Sayed Ahmad dan ahli jawatankuasa yang lain atas cadangan dan bantuan yang diberikan.

Sumbangan turut diterima daripada ANSARA MRSM Langkawi (batch SPM 2003) dan Kelab Warga MRSM Kuala Kubu Bharu, selari dengan slogan MRSM Langkawi iaitu #be1tobenumber1 (Be One to be Number One).

Semoga dengan pembinaan dewan peperiksaan ini dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan seterusnya memastikan keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk MRSM Langkawi!

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.