MRSM Punya Kelas Tersendiri

Oleh: Waheeda Mohd Noor
media@mara.gov.my

Kuala Lumpur, 10 Nov – Maktab Rendah Sains MARA atau lebih dikenali dengan MRSM sangat sinonim dalam kalangan masyarakat kerana MRSM adalah Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan perkhidmatan pendidikan alternatif melalui Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). MRSM telah ditubuhkan pada tahun 1972 yang mana MRSM pertama adalah MRSM Seremban dan kini telah dijadikan Kolej MARA Seremban bagi pelajar yang mengambil kursus A-Level.

Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berteraskan Science, Technology,Engineering and Mathematics (STEM) ini memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 bukan sahaja memfokuskan kepada akademik tetapi juga merangkumi aspek kreativiti dan inovasi, pembelajaran melalui pengalaman (experiental learning), kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), komunikasi dan kolaboratif, kemahiran insaniah dan kemahiran subjek.

Konsep SPMRSM itu sendiri dirangka agar kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar lebih bersifat holistik bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga punyai sahsiah yang berpotensi sebagai pemimpin dan ahli profesional negara.

Bertepatan dengan konsep yang di bawa ini, MRSM menawarkan enam program iaitu Program Premier, Program Khas Pendidikan (PKP), Ulul Albab, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), International Baccalaureate-Middle Years Programme (IB-MYP) dan Teknikal. The Schoolwide-Enrichment Model (SEM) telah dijadikan sebagai kerangka untuk pelaksanaan Program Pembangunan Bakat MRSM bagi mengembangkan lagi potensi pelajar ke tahap yang maksimum dan pada masa yang sama meningkat prestasi maktab secara menyeluruh.

Ini terbukti apabila MRSM telah melahirkan seramai 178,795 orang pelajar dari tahun 1972 hingga kini. Ramai pemimpin dan professional negara telah dihasilkan oleh MRSM yang tidak asing lagi Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha; Angkasawan Negara, Tan Sri Abdul Wahid Omar;Pengerusi Bursa Saham Malaysia, Prof.Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor; Naib Canselor UKM, Dr. Faisal Rafiq Mohamad Adikan; Naib Canselor USM, Datuk Kamaruddin Meranum; Pengerusi Air Asia dan CEO Tune Group, Prof. Dr. Zainur Rashid; Dekan Fakulti Perubatan IMU, Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed; CEO UZMA Berhad, Noor Nealofa ; usahawan selebriti dan ramai lagi tenaga kumpulan profesional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

Dalam mendepani cabaran dan teknologi masa kini, MARA menerusi perancangan kepada MRSM telah melaksanakan pengajaran bahasa ketiga iaitu bahasa Mandarin, Arab, Jepun dan Perancis sebagai nilai tambah kepada kualiti pelajar bagi melahirkan modal insan yang lebih kompetitif dan berkemahiran global. Sehingga kini sebanyak enam MRSM yang telah melaksanakan program bahasa ketiga iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Taiping, MRSM Langkawi, MRSM Alor Gajah dan MRSM Tun Abdul Razak.

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2021 masih lagi dibuka sehingga 4 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut berkenaan MRSM boleh layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2021 masih lagi dibuka sehingga 4 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut bagi sebarang pertanyaan berkenaan MRSM boleh layari www.mara.gov.my atau secara emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.