Balqis Solehah Kongsi Tips Hafaz Al-Quran Secara Mudah Dan Berkesan

Pelajar tingkatan 2 MRSM Ulul Albab Kota Putra, Balqis Solehah Azmi

Menghafaz Al-Quran sememangnya merupakan impian ramai orang yang beragama Islam.

Namun begitu, ianya diakui bukanlah sesuatu yang mudah bahkan memerlukan kesungguhan dan motivasi yang tinggi.

Menghafaz Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika dia mampu menjaga hafazannya maka ianya akan menjadi ibadah yang berkekalan.

Tips yang bakal dikongsi ini adalah berdasarkan status Facebook yang dikarang oleh guru MRSM Ulul Albab Kota Putra, Faizul Faiizi tentang bagaimana pelajar tingkatan 2, Balqis Solehah Azmi berjaya mengkhatam hafazan Al-Quran 30 juzuk selama setahun, 8 bulan dan 9 hari.

Balqis Solehah Azmi berasal dari Kampung Binjai, Kubang Kerian, Kelantan. Ayahnya, Azmi Harun merupakan guru di Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu, Kelantan manakala ibunya, Azirah Mat adalah suri rumah. Bercita-cita menjadi seorang doktor dan matlamat hidupnya adalah menjadi orang berjaya da menjayakan orang lain di dunia da akhirat.

Status yang mendapat perkongsian sebanyak 103 pengguna Facebook memfokuskan kepada tips ringkas menghafaz Al-Quran ini wajar dijadikan panduan kerana kaedahnya yang mudah dan diamalkan.

Berikut adalah tips yang dikongsikan Balqis Solehah:

  1. Sentiasa fokus semasa waktu tahdir dan gunakan masa tahdir sepenuhnya.
  2. Membayangkan kedudukan ayat yang dihafaz sama ada di bahagian atas, bawah, kiri atau kanan muka surat supaya tidak bertukar ketika membacanya.
  3. Menjauhi perkara-pekara maksiat seperti mendengar lagu yang melalaikan, elakkan membaca novel cinta, lupakan artis k-pop dan elakkan bermain dengan telefon pintar.
  4. Letakkan sasaran mengikut jumlah hari, bulan dan tahun.
  5. Sentiasa beradab dengan Allah, Al-Quran, guru dan ibu bapa.
  6. Berusaha menghafaz Al-Quran dari sekarang dan tidak putus asa.
  7. Berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memudahkan minda dan hati untuk menghafaz Al-Quran.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber : https://www.facebook.com/photo?fbid=3297860280248998&set=a.509305289104525

This entry was posted in Pendidikan and tagged , , . Bookmark the permalink.