MARA-AEON Prihatin Usahawan Terjejas COVID -19

Dato’ Zulfikri Osman bersama Ahli Majlis MARA dalam sesi ‘walkabout’ ke booth jualan pada Program Prihatin MARA – AEON Bersama PKS.

Shah Alam, 6 Oktober 2020 – Sesi libat urus usahawan MARA-AEON “Prihatin Bersama PKS” telah diadakan di AEON Mall, Shah Alam baru-baru ini merupakan kesinambungan hasrat pihak AEON membawa produk IKS di bawah agensi-agensi pembangunan usahawan melalui program Raikan AEON 101 hari.

Program ini merupakan inisiatif MARA membantu usahawan dalam memperkasakan bidang peruncitan dalam mengimbangi cabaran ekonomi terutama ketika penularan wabak Pandemik COVID-19.

Menurut Azwani Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Inner Sejuk yang merupakan usahawan MARA berkata “Apabila Malaysia dilanda pandemik ini perniagaan kami agak terkesan dan dengan bantuan MARA Alhamdulillah kami berjaya mengharunginya serta memperoleh keuntungan di luar jangkaan.,” katanya.

Program yang mensasarkan usahawan dari bidang makanan dan minuman serta gaya hidup ini melibatkan seramai 29 usahawan PKS telah berjaya mencapai nilai jualan keseluruhan yang mencecah RM2 juta untuk tempoh 3 bulan yang bermula daripada akhir Jun dan tamat pada hari ini.

Pengasas Shusika, Atiqah Sulaiman berkata, MARA merupakan agensi kerajaan yang mempelawa peniaga kecil seperti kami untuk menyertai program ini dan tidak menyangka ia sangat membantu jualan kami.

“Walaupun hanya dua bulan kami diberi peluang ini, purata jualan kami untuk fasa 2 dan 3 mencecah RM60 ribu .” katanya yang juga merupakan pemenang Anugerah Usahawan Cemerlang MARA hari ini.

“Harapan kami agar MARA lebih banyak menyediakan platform seperti ini serta dana-dana yang boleh menyokong kepada perkembangan perniagaan kami seterusnya meningkatkan ekonomi islam di Malaysia, “ tambahnya lagi

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh MARA bagi membantu kelangsungan perniagaan PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

 

 

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.