MRSM menyediakan sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon.
UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
MARA mempelawa calon yang berminat, memiliki sahsiah terpuji serta jati diri yang tinggi untuk memohon dan seterusnya mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Calon yang berjaya memasuki sistem pendidikan MRSM berpeluang untuk menelusuri ekosistem pendidikan MARA selepas tamat pengajian di MRSM meliputi program persediaan dalam dan luar negara, pendidikan berasaskan TVET dan Profesional di institusi pendidikan MARA dengan tajaan dan pembiayaan MARA atau agensi lain.
Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.
Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020.
Maklumat Program MRSM. <<klik di sini>>
* Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Permohonan Ke MRSM 2021. <<klik di sini>>