Lepasan SPM dan golongan belia disaran rebut peluang meneruskan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
MARA mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival IPMA bagi membolehkan pelajar yang memiliki apa jua keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Karnival IPMA juga dapat membantu mereka untuk membuat pilihan yang lebih tepat dalam merencanakan halatuju mereka ke menara gading sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.
Penganjuran karnival ini merupakan platform memperkenalkan institusi pendidikan di bawah MARA yang terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej MARA (KM), GIATMARA dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Pelbagai pengisian program diadakan dan yang paling menarik adalah ujian minat kerjaya yang mana ianya dapat membantu pelajar memilih bidang dengan lebih sesuai.