Iklan Kekosongan Jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti,
berkemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.

Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan MARA di seluruh Malaysia.

Senarai kekosongan jawatan adalah seperti berikut;

Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 (Gaji RM2,322.00 – RM9,643.00)

– Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
– Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
– Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi Dan Pengimejan)
– Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)
– Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
– Bidang Elektronik Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
– Bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi Dan Kawalan Loji
– Bidang Kejuruteraan Fabrikasi Struktur
– Bidang Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir)
– Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrikal (Operasi Loji)
– Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 OGOS 2020

1. SYARAT LANTIKAN

1.1  Warganegara Malaysia;

1.2  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan memiliki;

1.3  i. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,322.00); atau

ii.  Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,529.00).

1.4  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.5 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30, DV35/36, DV37/38 dan DV39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42 yang kosong apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1.3; atau
(ii) lulus peperiksaan kenaikan pangkat;
(c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

1.6  Keutamaan kelayakan Bidang Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Kejuruteraan Teknologi Bioperubatan / Elektronik Bioperubatan / Elektrik / Elektronik/ Mekatronik  atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.7  Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan / Mekatronik / Elektronik / atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.8  Keutamaan kelayakan Bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Mekatronik / Elektronik / Elektrik / Instrumentasi dan Kawalan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.9  Keutamaan kelayakan Bidang Kejuruteraan Fabrikasi Struktur

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan / Mekanikal Fabrikasi / Elektrik / Mekanikal atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.10  Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir) dan Teknologi Kejuruteraan Elektrikal (Operasi Loji)

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Awam / Kimia / Petroleum / Elektrik / Instrumen atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

1.11  Keutamaan kelayakan Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

TARAF JAWATAN : Tetap/Kontrak

CARA MEMOHON

i.  Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

ii. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari  https://www.mara.gov.my/iklan-kekosongan-jawatan-di-mara/.

iii. Salinan sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui https://www.mara.gov.my/iklan-kekosongan-jawatan-di-mara/ sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.

v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 20 Ogos 2020

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

KAEDAH PELAKSANAAN:

i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatan- jawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.

ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman sesawang http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti.

iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.