
Dato’ Zulfikri (empat dari kiri) menyantuni usahawan MARA dan alumni lepasan pelajar UniKL MIMET, Muhammad Sallehan Gafar (dari kiri) yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan pembinaan bot.
Mersing, 21 Julai 2020 – Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA (TKPU), Dato’ Zulfikri Osman meluangkan masa melawat usahawan-usahawan MARA di sini.
Dato’ Zulfikri tiba di Pejabat MARA Mersing kira-kira 8.30 pagi diiringi Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Uyon Shoib.
Pada lawatan itu, Dato’ Zulfikri dibawa melawat Bengkel GIATMARA Terminal Jahitan di atas pasar segar Mersing bagi meninjau penggunaan mesin dan pemprosesan percetakan baju yang dihantar ke seluruh GIATMARA Se-Malaysia.
Dato’ Zulfikri juga turut dibawa melawat usahawan Blue Water Ferry Service yang menyediakan perkhidmatan feri. Sehingga kini, usahawan MARA ini memiliki 7 buah feri yang beroperasi di jeti Mersing, Tanjung Gemok dan Batam, Indonesia.
Selain itu, Dato’ Zulfikri dibawa melawat usahawan MARA dan juga alumni lepasan pelajar UniKL MIMET yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan pembinaan bot. Untuk rekod, usahawan ini pernah menerima kerja-kerja pembaikan dan pembinaan bot sehingga mencecah 90 buah dalam suatu masa.
Gorek Bay Chalet menjadi lokasi terakhir lawatan Dato’ Zulfikri di mana pemilik chalet ini juga merupakan usahawan MARA.
Dato’ Zulfikri turut mengadakan engagement bersama pengawal pusat MARA seperti MRSM dan GIATMARA Mersing serta berkesempatan menyantuni pesara MARA.