
Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, YBhg Dato’ Zulfikri Osman (tengah) bersama Pengarah MARA Negeri Sembilan, Puan Mimi Mazlin (kanan) berkunjung ke booth usahawan di Aeon Mall, MARA
Oleh: Akmal Azlan
Nilai, 21 Julai – MARA Negeri Sembilan mengambil inisiatif membantu menyediakan platform promosi produk usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan kolaborasi AEON Malaysia dalam sebuah program “Prihatin Bersama PKS”.
Menurut Pengarah MARA Negeri Sembilan, Puan Mimi Mazlin Mohamad Yusuf, program ini bertujuan untuk membantu usahawan kita agar boleh menjana pendapatan semula yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Atas dasar keprihatinan kita untuk memastikan usahawan MARA dapat menjana pendapatan, kita menyediakan platform ini untuk memperkasakan pasaran melalui brand produk usahawan ke pasaran yang lebih besar.
Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk memperkemaskan semula strategi jualan selepas yang terjejas akibat pandemik.
Usahawan yang terlibat juga dapat mengambil peluang ini untuk mendapatkan tempat memasuki ruang pemasaran di hypermarket ini,” kata Puan Mimi Mazlin.
Selain itu, pelaksanaan program ini turut memberi manfaaat kepada usahawan Bumiputera dengan menawarkan kadar sewaan yang rendah sebanyak RM100 sehari.
“Usahawan kita juga mendapat pendedahan dari segi aspek window dressing booth, packaging, dan peraturan oleh AEON malah mereka juga berpeluang belajar untuk menguruskan pelanggan dan kaedah mempromosikan produk di hypermarket.
Program ini telah pun bermula pada 27 Jun dan akan berakhir pada 27 Julai 2020. Seramai 14 usahawan yang terpilih diberikan tempat untuk berada di dua buah AEON Mall yang terletak di Nilai dan Seremban
MARA di setiap negeri adalah agensi yang bertanggungjawab untuk membantu usahawan Bumiputera serta memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan perniagaan melalui sokongan kemudahan yang disediakan oleh MARA.