
Asmizan Majid, 43, alumni MRSM Kuantan 1991 dan kini merupakan usahawan MARA serta pemilik Syarikat Zanrias
Oleh: Akmal Azlan
Nilai, 22 Julai – Asmizan Majid, 43, merupakan seorang bekas jurutera di sebuah syarikat swasta pada suatu ketika dahulu, kini beliau telah menjadi seorang usahawan MARA yang berjaya mengembangkan bisnesnya.
Asmizan Majid juga alumni MRSM Kuantan pada tahun 1991 sudah pasti mengenal pasti MARA adalah sebuah agensi Bumiputera yang banyak memberikan manfaat dari segi aspek pendidikan dan keusahawanan.
Menurut Asmizan Majid, 46,usahawan fesyen baju wanita “Saya memilih menjadi usahawan kerana saya mempunyai minat untuk berniaga di samping memikirkan pendapatan berniaga ini boleh menjana pendapatan tinggi.
Bergerak sebagai seorang usahawan juga mempunyai fleksibiliti bekerja untuk menguruskan masa di antara bekerja dengan keluarga. Ini sangat penting kerana dalam kehidupan kita, elemen kekeluargaan perlu diutamakan,” kata Asmizan Majid.
Perjalanan saya menjadi seorang usahawan MARA adalah pada tahun 2016 apabila saya mengunjungi pejabat MARA negeri untuk mendapatkan khidmat nasihat.
“Saya memang tahu bahawa MARA mempunyai pelbagai kemudahan sokongan untuk kita memulakan bisnes. Cumanya, kita tidak akan tahu selagi mana kita tidak usaha untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka.
Kemudahan pertama yang saya dapat ialah kemudahan pembiayaan perniaagaan yang menjadi faktor utama bisnes ini dapat dimajukan,” ujar Asmizan Majid.
Walau bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa cabaran berniaga memang kita tidak dapat elak dan itu lah adat berniaga.
“Di usia ini, saya perlu meningkatkan keupayaan untuk bersaing mengikut trend terkini. Sebagai contoh, pemasaran produk hanyak boleh dilakukan melalui media sosial. Jadi, saya perlu belajar benda baharu untuk menghasilkan video content sebagai kaedah pemasaran yang lebih dekat kepada pelanggan,” kata Asmizan lagi.
Secara peribadinya juga, Asmizan melihat MARA adalah sebuah agensi yang banyak menyalurkan kemudahan kepada usahawan Bumiputera yang baru nak memulakan perjalanan dan sedia ada.
Beliau juga menyarankan agar mereka yang ingin bergelar usahawan, perlu pergi ke pejabat MARA yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
“Saya berharap agar MARA meneruskan program-program yang boleh membawa usahawan Bumiputera khususnya untuk bergerak lebih ke hadapan,” ucap Asmizan Majid.