Ambil Peluang Tambah Pendapatan Dalam Tempoh Sukar-Usahawan MARA

Din pemilik restoran kolok vs laksa (kiri)

Oleh: Akmal Azlan

Ayer Keroh, 1 Julai 2020 – Shirajuddin Bolhi sebagai usahawan MARA berjaya mencipta peluang dalam meningkatkan pendapatannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun sukar untuk membuka operasi perniagaan seperti biasa.

Beliau yang merupakan pemilik restoran Kolok Vs Laksa Sarawak di Ayer Keroh, Melaka tidak dapat berniaga dalam tempoh sukar menyebabkan dirinya berfikir untuk berniaga secara online dengan menjual pes laksa iaitu bahan masakan instant yang mudah dan cepat.

Bagi tempoh PKP, jualan tersebut meraih hasil jualan sebanyak RM40 ribu dan merupakan di luar jangkaan sasaran jualan malah mendapat sambutan baik oleh pembeli tempatan.

“Saya merasa buntu untuk mendapatkan pendapatan yang terjejas akibat PKP kerana perlu menanggung kos sewaan, bayaran gaji pekerja dan lain-lain kos. Tetapi, saya mendapat idea berniaga instant ingredient pes laksa untuk membuat menu masakan laksa Sarawak secara online.

Alhamdulillah, dengan adanya team saya, kami mampu menghasilkan jualan di luar jangkaan,” katanya.

Selain itu, pes laksa ini juga dimasukkan di bawah program Research and Development (R&D) kendalian UniKL bagi menghasilkan mutu keluaran yang lebih baik serta selamat.

Projek ini juga membantu usahawan bagi mensasarkan hasil jualan sebanyakRM 2.7 juta dalam tempoh 6 bulan sahaja jika ia akan selesai nanti.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak MARA khususnya kerana telah banyak membantu saya dari segi bantuan latihan, skim pembiayaan, dan khidmat nasihat yang sangat memberangsangkan perniagaan ini.” ujar Din.

Pes Laksa

 

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.