Pengerusi MARA berpuas hati melawat MRSM yang lengkap dengan SOP

Pengerusi MARA (posisi meja tengah depan) bersama pihak MRSM Kota Kinabalu

Oleh: Akmal Azlan

Kota Kinabalu, 29 Jun 2020 – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd Dun menyatakan berpuas hati ketika melawat MRSM Kota Kinabalu yang lengkap dengan Garis Panduan. Pembukaan semula 53 MRSM di seluruh negara melibatkan 8,105 pelajar yang terdiri daripada tingkatan 5 sahaja.

Garis Panduan ini adalah sejajar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pendidikan yang pelru dipatuhi oleh seluruh institusi MRSM di Malaysia.

“Saya sangat yakin dan percaya terhadap garis panduan yang dilaksanakan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu belajar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan baharu yang perlu dipatuhi dengan pelbagai SOP seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, sanitasi dan mengelak perhimpunan beramai-ramai,” kata Datuk Azizah.

Menurutnya lagi, para pengetua dan tenaga pengajar bersedia sepenuhnya untuk memulakan semula proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berfokuskan kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu SPM.

“Sesi pembelajaran secara online diteruskan juga oleh tenaga pengajar MRSM semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini. Pelaksanaan ini adalah sangat wajar untuk kita pastikan pelajar di rumah tidak terputus menjalani PdP,” tambahnya lagi.

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.