Ahli Majlis Melawat MRSM

Pelajar MRSM telah memulakan sesi PdP

Oleh: Akmal Azlan

Kuala Lumpur, 29 Jun 2020 – Sempena pembukaan semula MRSM bagi pasca COVID-19, Ahli Majlis MARA melawat MRSM untuk meninjau sekitar kawasan sekolah yang telah dipersiapkan dengan garis panduan seperti penjarakan sosial, penyediaan sanitasi, pemakaian pelitup muka dan lain-lain.

Pihak MRSM menyambut kehadiran ahli majlis dengan memberikan sesi taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan SOP yang dilaksanakan serta membawa mereka meninjau ke kawasan sekitar sekolah.

Berikut merupakan momen ahli majlis turun padang melawat MRSM:

YB Datuk Sr Hj. Mohd Alwi B. Che Ahmad melawat MRSM Kuala Krai

YBhg. Dato’ Jamelah Bt Jamaludin melawat MRSM Batu Pahat

YBhg Dato’ Jamelah turut hadir ke MRSM Muar

YBhg. Dato’ Mohamed Farid B Mohamed Zawawi melawat ke MRSM Pasir Tumboh

YBhg. Dato’ Mohamed Farid turut hadir ke MRSM Jeli (dua dari kanan)

Ybhg. Datuk Siti Zauyah Bt. Md Desa melawat ke MRSM Taiping

Ybhg. Datuk Siti Zauyah turut hadir ke MRSM Sultan Azlan Shah

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.