MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti terbaik dunia. Program ini bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 12 Mei sehingga 23 Mei 2020.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
World’s Top Universities Programme (WTU)
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2613 2069 / 32115 /32023
Emel: wtu@mara.gov.my