Pelajar IPMA gembira dan bersyukur dapat pulang ke kampung

Oleh : mfadhly

Bangi, 7 Mei 2020 : Gembira dan bersyukur. Itulah luahan pelajar dari KKTM Sri Gading setelah menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam kampus, akhirnya mereka dibenarkan pulang ke kampung halaman bermula 6 Mei 2020 secara berperingkat.

Pelajar, Aida Sufiah Mat Ali, 19 berkata, dia berterima kasih kepada Kerajaan dan MARA kerana membenarkan pelajar IPMA pulang ke kampung.

Aida Sufiah Mat Ali, pelajar KKTM Sri Gading

Menurutnya, detik ini yang dinantikan semua pelajar di IPMA sejak pelaksanaan PKP diumumkan pada 18 Mac lalu hingga menyebabkan mereka perlu berada di dalam kampus dan tidak dibenarkan pulang.

Sepanjang pelajar berada di kampus, MARA sentiasa menjaga kebajikan pelajar termasuklah makanan dan minuman.

Semua pelajar perlu mematuhi penjarakan sosial semasa pergerakan penghantaran pulang pelajar bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Saya berharap semua pelajar IPMA dapat memberikan kerjasama sepanjang tempoh penghantaran ini dengan mematuhi arahan yang ditetapkan agar proses ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya yang berasal dari Baling.

 

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.