Permohonan Program Pembangunan Profesional (PRO-P) 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran ke peringkat Profesional/Pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang profesional yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 27 April 2020 sehingga 11 Mei 2020.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur. Telefon 03-2613 2103 / 35032 / 32067 /32106, emel: pascasiswazah@mara.gov.my.

>> Garis Panduan Permohonan

>> Klik Untuk Memohon.

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.