Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2020

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi Terpilih.

Program ini terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) terpilih.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan:
https://myeduloan.mara.gov.my bermula 7 Julai 2020 (Isnin) hingga 10 Julai 2020 (Jumaat).

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan dan sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Sila memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon tidak perlu mencetak dan menghantar apa-apa dokumen kepada MARA sehinggalah dimaklumkan kelak.

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2613 2051 / 2059 / 2067 / 2069 / 2070 / 2106 dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke alamat tesp@mara.gov.my.

>> Panduan Permohonan TESP 2020

>> Panduan Mengisi MyEduloan MARA

>> FAQ TESP 2020

>> Klik untuk memohon

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.