Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA

Susulan daripada penularan wabak Covid-19, pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memutuskan untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga (3) bulan kepada peminjam.

Insentif yang diberikan ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan serta terbukti telah menerima kesan secara langsung akibat wabak Covid-19.

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini hanya diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan.

Tawaran ini turut meliputi peminjam yang mendapat kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran.

Orang ramai  boleh memohon secara atas talian melalui pautan seperti di bawah;

  1. Syarat Permohonan
  2. Daftar Pengguna
  3. Log In Pengguna
  4. Soalan Lazim (FAQ)

 

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.