Graduan MARA curi tumpuan

Khairun Syamimi, Iman Aneesa, Che Nurul Masitah, Nur Syahira, Nur Azieda, dan Syahzani graduan Kolej KPM dan IKM. (dari kiri ke kanan)

Oleh: Akmal Azlan

Serdang, 2 Mac 2020 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2020 (MKP2020) dihadiri oleh ribuan graduan bersama ahli keluarga serta rakan taulan dan pasti ada kelihatan sosok wajah  graduan yang ceria dan comel di hari berlangsungnya majlis tersebut.

Antaranya graduan comel daripada Kolej Profesional MARA dan Institusi Kemahiran MARA seperti di dalam foto tersebut.

Menurut Iman Aneesa dan Khairun Syamimi, pelajar Kolej Profesional MARA bersama temannya yang lain merasakan amat bersyukur kerana dapat memasuki Kolej Profesional MARA dengan sistem kemudahan yang lengkap, persekitaran yang kondusif, serta pensyarah-pensyarah yang dekat dengan pelajar.

Apabila ditanyakan bagaimana boleh mengenali Institusi Pendidikan MARA? Mereka menjawab “kami mengenali kolej MARA ketika menghadiri Karnival Institusi Pendidikan MARA  beberapa tahun yang lalu.

Dari situ lah kami dapat melihat banyak program, kemudahan pembiayaan pelajar, malah dari segi kadar kebolehpasaran pun mempunyai peratusan yang tinggi.” kata mereka.

Salah seorang graduan ini juga mengenali kolej Profesional MARA hasil daripada aspirasi terhadap kakaknya yang merupakan alumni KPM ini juga.

Selain itu, Nurul Masitah Farhana dan Nur Syahira merupakan pelajar IKM Jasin Melaka menggalakkan kepada pelajar lepasan SPM 2019 untuk mendaftarkan diri di mana-mana institusi Pendidikan MARA mengikut minat dan bidang yang ingin dipelajari.

“ Saya berpuas hati dan seronok sepanjang menghabiskan perjalanan menamatkan pengajian di IKM ini kerana sangat menepati kehendak dan minat kami.

Dari aspek modul pembelajaran yang lengkap juga memberi banyak pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas kepada pelajar, pensyarah yang kompeten serta teknologi terkini selaras dengan industri,” kata graduan IKM Jasin Melaka.

Kehadiran graduan ini merupakan sidang ketiga yang dimeriahkan lagi dengan persembahan khas, penganugerahan khas, dan pelbagai lagi aktiviti menarik di luar dewan konvokeysen.

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.