Memori Indah Suami Isteri

Roszailan bersama isterinya Nor Atikah

Serdang, 2 Mac 2020 – Perkenalan di antara Muhammad Roszailan Rossli,22 dan Nor Atikah Abdul Kahar, 27 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong juga pasangan suami isteri menggamit memori indah menaiki pentas yang sama bagi meraikan hari graduasi mereka dalam Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidkan MARA 2020 (MKP 2020).

Pasangan ini baru sahaja berkahwin pada sebulan yang lalu serta mula berkenalan ketika sedang belajar di KKTM Lenggong.

Roszalian yang bekerja sampingan dengan meniaga barangan gajet seperti pendrive, powerbank semasa belajar membawa dirinya berjumpa dengan isterinya Nor Atikah pada ketika itu yang merupakan pelanggan Roszailan di kolej itu.

“Saya mula melihat isteri saya ketika saya menghantar barang yang dia pesan sebagai seorang pelanggan sahaja.

Kemudian, timbul rasa keinginan untuk berkenalan dengan si isteri. Bak kata orang, dari mata jatuh ke hati,” ujar Roszalian.

Menurut isterinya Nor Atikah pula berkata, “Roszailan sering menghantar message kepada saya dan bertanyakan khabar kepada saya.

Bermula dari situ saya pun memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengannya.

Walau bagaimanapun, kami tetap konsisten untuk memberi komitmen penuh dalam bidang pelajaran yang kami ceburi,” kata Nor Atikah

Mereka bersyukur dan gembira kerana dapat meraikan hari graduasi bersama-sama sekali gus meraikan percintaan mereka yang baru sahaja sebulan bergelar sebagai suami dan isteri.

Pasangan ini juga menyatakan bahawa ini adalah salah satu matlamat hubungan mereka untuk berkahwin di usia ini dan memastikan bergraduasi pada hari yang sama dan di pentas yang sama.

Mereka tetap fokus dan tidak mahu leka sahaja dalam hubungan percintaan serta mengambil berat untuk menghalalkan hubungan mereka.

Tidak salah untuk bercinta ketika belajar kerana yang paling penting adalah bermula dengan niat yang betul dan pada cara yang betul.

Majlis Konvokesyen Perdana Insitusi Pendidikan MARA 2020 ini berlangsung selama tiga hari bermula 29 Februari sehingga 02 Mac 2020 di Maeps Serdang.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.