6,364 graduan dalam Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2020

Graduan MKP2020

Oleh: Akmal Azlan

MAEPS Serdang, 29 Februari 2020 – Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA tahun 2020 meraikan 6,364 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Profesional MARA, MARA-Japan Industrial Institute, dan Institusi Kemahiran MARA di MAEPS Serdang.

Majlis yang megah dan meriah ini turut menganugerahkan 5 anugerah khas kepada graduan yang layak iaitu Anugerah Graduan Cemerlang, Anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Graduan Keusahawanan Cemerlang, Anugerah Khas Industri dan Anugerah Graduan Terbaik Program.

Setiap tahun, pelajar TVET MARA bakal diraikan dengan majlis konvokesyen ini sebagai satu tanda penghargaan dan memberi impak yang besar untuk meningkatkan motivasi mereka agar menjadi orang yang pakar dalam bidang yang diceburi malah memberi sumbangan besar dalam sosio-ekonomi Bumiputera.

MARA dengan motto keusahawan dan pendidikan global telah membuktikan dengan melahirkan para graduan dan pelajar sedia ada yang berhasil mengangkat  imej Malaysia melalui MARA di peringkat dunia.

Setakat Januari 2020 ini, kadar kebolehpasaran lepasan KKTM, MJII, dan IKM menunjukkan 92% yang melambangkan graduan MARA adalah berdaya saing serta memenuhi keperluan tenaga kerja di industry dan mendapat pengiktirafan daripada insititusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Antara kejayaan besar yang diperolehi pada tahun 2019 ialah graduan daripada IKM Kota Kinabalu iaitu Juvert Sooi telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2019 dalam pertandingan Worldskill Malaysia Pengajar (WSMB).

Penganugerahan ini disempurnakan oleh Perdana Menteri di Putrajaya International Convention Centre yang dirasmikan oleh bekas YB Menteri Sumber Manusia.

Terdapat banyak lagi contoh kejayaan-kejayaan besar yang diperolehi menerusi TVET MARA dan menjadi aspires kepada anak muda di luar sana untuk turut sama mnyertai institusi pendidkan MARA yang sedia ada.

Semoga kejayaan ini dapat diteruskan di samping memperkasakan pembangunan modal insan yang mampu menjadi penerus agenda matlamat sosio-ekonomi bumiputera.

Graduan MKP2020

 

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.