Remaja Istimewa MRSM Jual Roti Bantu Ibu

Adam menghulurkan roti kepada pelanggannya

Dalam mencari rezeki yang halal, sememangnya pelbagai cara yang boleh dilakukan. Tidak kiralah walau apa cara sekalipun asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Di dalam satu perkongsian di youtube yang dibuat oleh FS Channel, mereka telah berjumpa dengan seorang remaja lelaki istimewa yang menjual roti di hadapan Bank Islam Semenyih.

Menurut remaja tersebut yang dikenali sebagai Adam juga pelajar MRSM Bentong yang sedang menunggu keputusan SPM, roti yang dijualnya adalah hasil buatan ibunya sendiri.

FS Channel yang telah menemubual remaja istimewa itu membuatkan netizen berasa hiba kerana dia berusaha keras menjual roti demi membantu ekonomi keluarga walaupun dengan keadaannya yang serba kekurangan.

Tambah Adam, ayahnya tidak boleh melakukan kerja berat disebabkan sakit tulang belakang.

Adam juga memberitahu dia tidak kisah upah yang diberikan oleh ibunya janji dia dapat membantu keluarganya yang susah.

Menjual roti bukan saja dapat membantu keluarganya malah dapat melatih dia berhadapan dengan pelanggan, jadi berani dan buang sifat rasa malu.

Bila kita melihat Adam, sememangnya MRSM sentiasa berusaha melahirkan pelajar cemerlang berteraskan nilai, sahsiah serta akhlak diri yang tinggi di samping suntikan nilai-nilai keusahawanan yang dapat menyumbang kepada kelahiran tokoh korporat, profesional, teknokrat serta pemimpin masa hadapan negara dalam pelbagai bidang.

Di akhir video, FS Channel telah menawarkan untuk membeli kesemua roti Adam dan diedarkan percuma kepada penduduk disekitar kawasan tersebut.

Jika anda mahu membuat tempahan roti di kawasan Semenyih, boleh hubungi Adam di talian 011-2459 0457.

This entry was posted in Pendidikan and tagged , , . Bookmark the permalink.