“Rindu MRSM Langkawi”- Neelofa kongsi kenangan manis

Siapa yang tidak kenal Neelofa, semua orang pasti membayangkan wanita yang jelita dan penuh dengan kredibiliti. Bukan sahaja sebagai seorang pelakon, tetapi juga pengacara, usahawan dan model iklan yang terkenal di Malaysia.

Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989, di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, serta mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa.

Bukan sahaja cantik dan jelita tetapi Neelofa juga merupakan seorang yang cerdik sejak dari zaman sekolah lagi.

Mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR (ujian sekolah rendah) iaitu 5A, Neelofa menyambung pengajian di sekolah menengah, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, seterusnya mencapai semua subjek A dalam kedua-dua peperiksaan, PMR mahupun SPM iaitu masing-masing 8A dan 10A.

Khas buat anda, Neelofa kongsikan kenangan dan gambar ketika belajar di MRSM Langkawi.

This entry was posted in Pendidikan and tagged . Bookmark the permalink.