MRSM Ulul Abab lahir generasi teknokrat

Persembahan tarian robot yang direka khas oleh pelajar dengan bimbingan guru

Oleh: Akmal Azlan

Kuala Lumpur, 14 Disember 2019 – MRSM Ulul Albab berupaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seiring dengan pendidikan agama.

Menurut Dato’ Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, “MRSM Ulul Albab bukannya sekolah tahfiz seperti persepsi yang sering diungkapkan oleh masyarakat luar.

Tetapi, kita mahu orang luar beranggapan bahawa sekolah ini adalah salah satu platform melahirkan pelajar yang berinovasi dan mampu mengaplikasikan intipati Al-Quran dalam bidang akademik serta kehidupan seharian.”

Matlamat penubuhan MRSM ini bukan sahaja melahirkan para hufaz tetapi memacu pelajar untuk menjadi golongan teknokrat.

“Tujuan utama penubuhan MRSM Ulul Albab tidak hanya melahirkan para hufaz tetapi kita nak lahirkan pelajar yang bergiat aktif dan proaktif dalam bidang inovasi, sukan, dan lain-lain.

Sebagai contoh, ramai dalam kalangan alumni MRSM yang berjaya menjadi usahawan, jurutera, dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka ini juga turut dari kalangan para hufaz ,” tambah Dato’ Azhar.

Konvensyen Ulul Albab MRSM ini berlangsung selama tiga hari di ruang legar ibu pejabat MARA bermula 10 sehingga 13  Disember 2019.

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti booth pameran, persembahan caklempong, persembahan silat dan taekwando, taranum, pidato, dan lain-lain.

Antara MRSM yang terlibat dalam konvensyen ini ialah MRSM Gemencheh, MRSM Kota Putra, MRSM Semporna, dan MRSM Kepala Batas.

Majlis perasmian penutupan konvensyen ini disempurnakan oleh Dato’ Azhar Abdul Manaf di Anjung Korporat MARA petang semalam serta dihadiri oleh subsidiari MARA, NGO, pengetua, guru, dan pelajar MRSM Ulul Albab.

Dato’ Azhar Abdul Manaf bersama para penerima anugerah

This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.